Sunday 7 October 2012

Kegunaan Perisian Permainan Digital

Sesungguhnya, perisian pemainan digital telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menyalurkan konsep pembelajaran kepada seseorang murid. ini adalah kerana ciri interaktif yang wujud dalam permainan digital ini membolehkan seseorang murid melakukan pembelajaran secara aktif dan ia juga dapat menarik minat dan perhatian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Keminatan murid merupakan kekunci yang utama untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. 

Pada masa yang sama, penggunaan perisian permainan digital ini merupakan media yang baik untuk menyalurkan pelbagai konsep secara visual kepada murid di mana ia akan memudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu konsep tersebut. berbanding dengan cara tradisional yang menggunakan papan hitam dan juga penerangan daripada guru. Sehubungan dengan itu, penggunaan perisian permainan digital ini perlulah dialu-alukan untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut.